[ info ] Sweet nya mereka, perkhawinan Johor Darul Takzim dan The Red Warriors !

Sekarang ini musim cuti persekolahan jadi ramai lah rakan-rakan dan sahabat handai yang bakal menamatkan zaman bujang mereka .

Ada yang pasang mereka dari negeri yang sama dan ada pula dari negeri yang berbeza , tak kisah lah dari mana-mana pun pasangan mereka  jika dah jodoh mereka pasti mereka akan bersama.

Admin tertarik dengan satu gambar majlis khawin dua pasangan dari negeri berbeza iaitu pengantin Lelaki dari negeri Johor dan Pengantin Wanita pula dari Kelantan.

Apa yang unik tentang pasangan ini adalah mereka peminat setia bolasepak negeri masing-masing, Pengatin lelaki adalah peminat setia pasukan Bolasepak Johor Darul Takzim manakala Pengantin wanita adalah peminat Bolasepak Kelantan The Red Warriors.

Jadi admin gelarkan perkhawinan pasangan ini sebagai Perkhawinan Johor Darul Takzim dan The Red Warriors , semoga kedua-dua pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat walaupun mereka mempunyai minat pasukan berbeza , Selamat Pengatin Baru.


2 ulasan

Haha mmg sweet! Smoga dorang bahagia :D

Reply