[ info ] Safee Sali dan Shasha selamat di ijabkabul di Riau Indonesia !

Penyerang Bolasepak kebangsaan dan Johor Darul Takzim , Mohd Safee Ali atau safee Sali telah selamat di ijabkabul  dengan wanita pilihannya yang berasal dari Indonesia , wanita istimewa itu dikenali sebagai Shasha, mereka dinikahkan sekitar jam 10.20 pagi tadi.
Majlis perkahwinan kali kedua itu akan diadakan di sebuah hotel dekat Tanjung Pinang, Kepulauan Riau iaitu di daerah kelahiran isterinya, Safee mengenakan pakaian ala jawa di majlis akad nikah nya.
Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan di kampung halaman Safee di Bidor, Perak pada 28 Disember ini.
Safee pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 dengan Sabarina Yusof tetapi bercerai secara baik pada 1 April tahun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.