[ info ] Rebet Touch 'n Go akan di mansuhkan pada 2014 ?

Rebat 20 peratus yang diberi kepada pengguna Touch ‘n Go dan SmartTag akan berakhir hujung tahun ini, demikian menurut sebahagian pegawai khidmat pelanggan kaunter Touch ‘n Go dan SmartTag di pejabat operasi tol.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat operasi sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata petugas di situ menyatakan perkara sama.

"Saya ada dengar ura-ura untuk menamatkan tawaran rebat ini. Tapi, ia bukanlah maklumat daripada pengurusan, tetapi daripada sumber lain yang saya tahu.

"Setakat ini, tidak ada lagi berita mengenai perkara ini sampai ke pengetahuan petugas kaunter, cuma saya tahu kerajaan tidak akan menyambungnya lagi," kata seorang pegawai, semalam.

Apa-apa pun kita tunggu maklumat seterusnya, jika betul ianya di masuhkan lagi bertambahlah bebanan pengguna lebuhraya yang mana sudah lah terpaksa hadapi harga tol yang meningkat.