[ info ] Gambar tempat letupan di sebuah pub pusat beli-belah Jaya One di Petaling Jaya !


Seorang pemilik pub adalah di antara dua mangsa yang cedera dalam letupan gas di pusat beli-belah Jaya One di Petaling Jaya, awal hari ini.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata letupan pada jam 2 pagi itu berlaku di dapur premis menyebabkan panel tingkap kaca pecah dan kerosakan pada dinding.
Salah seorang pekerja premis itu turut cedera dalam insiden tersebut dan kedua-dua mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi menerima rawatan pesakit luar kerana cedera dalam kebakaran itu.
Mangsa yang cedera termasuk pengawal keselamatan warga Nepal dan tempatan akibat terkena serpihan kaca.
Kejadian 3.45 pagi itu turut merosakkan dua lagi tingkat premis tersebut selain blok pejabat dan apartmen bersebelahan.