[ info ] Gambar khawin Mak Wan ( Wan Maimumah ) dan pasangannya Makpol Saimon !

HANYA MAHU MENUMPANG KASIH - MAK WAN 
Pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selepas selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Makpol Saimon, 53, pada satu majlis akad nikah di sebuah hotel di sini, semalam.
Pasangan pengantin itu selamat dinikahkan Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAJ) Makhadzir Abdan dengan sekali lafaz berwalikan adik pengantin perempuan Wan Hamzah pada jam 8.20 malam.
Wan Maimunah yang terkenal dengan watak Mak Usu menerusi sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu berkata, dia bersyukur kerana majlis akad nikah berjalan lancar selain berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.
“Ibu tidak sangka pada usia begini masih ada sudi menjadi teman hidup bersama, Ibu bukan mahukan wang ringgit dan harta dunia, tetapi mahu menumpang kasih kerana itu ibu tidak minta duit sebagai mas kahwin.
“Terima kasih kepada suami, keluarga, rakan dan peminat yang terus mendoakan kebahagiaan ibu,” katanya.
Pasangan pengantin itu kelihatan anggun mengenakan busana putih pada majlis akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.

Sejurus diijabkabulkan, Makpol kelihatan sebak menitiskan air mata ketika berpelukan bersama kenalan dan ahli keluarga yang turut berada di sisinya sepanjang majlis berkenaan.

Pada majlis itu, Makpol turut menyarung cincin di jari isterinya ketika acara membatalkan air sembahyang sebelum ke majlis persandingan di hotel sama.
Wan Maimunah menceburi bidang lakonan sejak era televisyen hitam putih bermula pada 1972 dan sudah membintangi lebih 1,000 drama.

Admin mengucap selamat pengantin baru kepada Mak Wan dan suami semoga kekal bahagia sehingga akhir hayat.sumber