[ info ] Gambar-gambar ngeri di tempat pengeboman di Danok !


Kejadian letupan di Danok Thailand menjadi kejutan pada seluruh rakyat Malaysia yang tinggal disempadan negara berhampiran pekan tersebut, yang mana pekat tersebut selalu menjadi kunjungan kepada rakyat Malaysia yang berada disempadan negara.



Lima letupan bom berlaku dalam masa berdekatan di Danok, Padang Besar dan Sadao pada tengahari 22 Dis 13. Setakat ini 2 rakyat Malaysia dan 3 rakyat Thailand dipercayai terbunuh 16 yang lain cedera termasuk 2 rakyat Malaysia. Sebuah bom motosikal meletup di hadapan Balai Polis Padang Besar dan sebuah lagi di kawasan parkir dalam Balai Polis Sadao pada jam lebih kurang 1140 pagi waktu Malaysia.