[ info ] Candy Crush, Instagram, WeChat aplikasi terhangat tahun 2013 !


Setiap tahun, jenama telefon pintar ternama seperti Apple dan Samsung sering memberikan produk-produk yang terkini dan canggih. Namun, apa gunanya menggunakan telefon pintar mereka jika tidak mempunyai aplikasi (app) yang menghiburkan, berguna dan mungkin dapat membantu dengan rutin harian.
Instagram terus menjadi aplikasi yang popular dikalangan mereka yang gemar fotografi ataupun #Selfie. Sudah berada di pasaran selama dua tahun setengah, Instagram menampilkan ciri Video selama 15 saat pada bulan Jun. Pada awal December, ia memperkenalkan Instagram Direct dimana gambar dan video boleh dikongsi kepada pengguna tertentu. Pada bulan Februari, Instagram mengumumkan bahawa mereka mempunyai 100 juta pengguna, dan pada bulan September, angka ini meningkat kepada 150 juta. 
Aplikasi dari China ini terus menjadi pilihan pengguna telefon pintar. Dilancarkan pada awal tahun 2011, pemaju Tencent mengumumkan WeChat mempunyai 70 juta pengguna di luar China. Pada Julai 2013 pemain bola sepak ternama Lionel Messi menjadi duta produk terbaru WeChat. Aplikasi ini juga boleh didapati dalam bahasa Cina, Inggeris, Indonesia, Sepanyol, Portugis, Turki, Melayu, Jepun, Korea, Poland, Itali, Thailand, Vietnam, Hindi dan Rusia.

Jikalau anda berada di dalam LRT atau di dalam kereta (bosan ketika kesesakan jalanraya!) ramai yang akan main Candy Crush. Pada bulan Mac, Candy Crush mengatasi FarmVille 2 sebagai game yang paling popular di Facebook. Pada November 2013, setengah bilion telah dimuat turun di Facebook, iOS, dan Android. Ini adalah angka yang sangat hebat kerana aplikasi ini hanya diperkenalkan untuk telefon pintar sejak November 2012.

Berikut adalah 3 Aplikasi yang paling di minati sepanjang tahun 2013, Apalikasi ini mejadi kegilaan pengguna telefon pintar masa kini.10 Aplikasi terhangat tahun 2013 klik disini .