[ Hiburan ] Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali !

Edisi 2013 janjikan kejutan, undian cari calon Top 5 bermula hari ini

Evolusi itu akan diterjemahkan dalam setiap aktiviti sepanjang promosi dan publisiti ABPBH 2013 sebagai usaha memartabatkan kedudukan penggiat seni tanah air yang diiktiraf peminat di seluruh negara.

Titik pertemuan kerancakan empat elemen itu akan dizahirkan pada malam kemuncak yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 6 April 2014. 

Lebih 300 artis, personaliti dalam senarai awal 

Seramai 322 selebriti dan personaliti tanah air akan bersaing pada pusingan awal dalam 15 kategori utama untuk merebut kedudukan Top 5 atau lima calon teratas. 

Borang pencalonan pusingan awal ABPBH 2013 boleh didapati dalam akhbar BH dan BH Ahad mulai hari ini hingga 29 Disember depan untuk pembaca memilih lima calon teratas. 

Pemenang yang dipilih melalui kaedah 'undi dan menang' bakal menerima hadiah seperti Ipad Mini, Samsung Galaxy Note II dan jam tangan berjenama yang disediakan penganjur. 

Seperti tahun sebelumnya, BH turut mengadakan kategori sampingan secara ’online’ di laman web ABPBH; www.abpbh.com.my bermula Rabu ini. 

Tujuh kategori dipertandingkan iaitu Artis Lelaki Stailo; Artis Wanita Stailo; Gandingan Serasi Di Layar; Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular; Artis Berpengaruh Di Laman Sosial dan Chef Selebriti Paling Popular. 

Satu lagi kategori iaitu Aksi di YouTube Paling Popular dianggap paling menarik. Sebanyak 10 video aksi atau parodi yang terpilih di laman YouTube akan dipertandingkan dalam kategori ini. 

Anugerah ’People’s Choice’ yang terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-27 akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam di TV3 dan radio HotFM, pada 6 April 2014.sumber