[ Gossip ] Nasib Lana Nordin setelah berubah, putus hubungan dengan Johan ?

Sah Lana Nordin kini sudah putus hubungan dengan pelakon kacak Johan As'ari, ini lah yang berlaku kepada Lana, beliau yang sebelum ini terkenal dengan penampilan seksi kini telah berubah setelah mengenali Johan namun beliau kini terpaksa menerima hakikat tersebut bahawa Johan kini tidak lagi milik nya.

Selepas beberapa isu timbul tentang restu keluarga & penerimaan mereka terhadap hubungan cinta pasangan ini, Johan As’ari & Lana Nordin mengesahkan yang hubungan cinta mereka sudah berakhir kerana masalah tersebut.
Johan As’ari berkata hubungannya dengan Lana Nordin secara rasmi putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu.
“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana”
Johan As’ari menambah yang beliau sayangkan Lana Nordin namun terpaksa memilih keluarga kerana tidak mahu bergelar anak derhaka kerana ibu tidak merestui hubungannya dengan aktress itu sebelum ini.
“Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana,” ujarnya.
Lana Nordin dalam laporan sama berkata yang beliau sudah jangka perkara ini selepas Johan As’ari sering berdolak dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.
“Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” ujarnya reda dengan ketentuan ini.Rtky


2 ulasan

Kadang2 pelakon bukan saja berlakon di depan kamera, tapi di belakang kamera masih mahu berlakon..

Reply

tanggungjawab anak lelaki adalah patuh kepada ibunya ... cari calon isteri bkn artis mungkin jln terbaik utk johan elakkan diri daripada hal peribadinya terdedah .topup inti .

Reply