[ Gossip ] Lana Nordin " Saya tak kecewa, tapi terkejut, keputusan nya memang kelakar " !


Bermula dari semalam semua media cetak dan elektronik menulis kisah selebriti popular Lana Nordin yang putus cinta dengan pelakon Johan As'ari yang kononnya hubungan mereka terpaksa putus di sebabkan tiada restu kelurga Johan.

Lana Nordin nampaknya tenang dengan keputusan Johan As’ari yang memutuskan hubungan mereka, dia sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.

Menurutnya, nasib baik hubungan percintaannya dengan Johan putus selepas sebulan, jadi impaknya tidak hebat sangat.

“Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.

“…dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?

“…saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” katanya.



1 ulasan:

pulak da? huhuhhhu..bukan jodoh nak buat macam mana..restu dari keluarga tu penting jugak kan..:)

Reply