[ Gossip ] Gambar Adira Af yang seksi dan cantik dengan produk kosmetik nya !

Adira Suhaimi atau Adira AF mengorak langkah dengan menceburkan diri dalam perusahaan produk kecantikan sendiri, Whitening Facial & Body Soapsebagai pelaburan untuk keluarga dan masa hadapan.
Namun dia tidak terlepas dari dipalit tuduhan cuba menggunakan kuasa besar kekasihnya, Sharul Nasrun yang merupakan Presiden Gerakan Belia 1 Malaysia bagi memudahkan landasannya dalam bidang yang baru saja diceburi.
Adira AF turut dilihat tiba ke majlis pelancaran & perasmian Whitening Facial & Body Soap petang tadi di Solaris Dutamas ditemani kekasihnya.
Jelasnya, dia tidak pernah mengambil kesempatan ke atas kelebihan Shahrul namun sebagai pendatang baru dalam bidang perniagaan dia akui Shahrul menjadi tempat rujukannya. Selain Shahrul sendiri memang sedia memberi tunjuk ajar dalam selok belok perniagaan.
Malah Adira AF menggunakan duit simpanan sepanjang bergelar artis untuk hasilkan produk pertama Whitening Facial & Body Soap.
“Saya tidak pernah ambil kesempatan ke atas dia. Malah dia banyak bagi nasihat sebab dia dah lama dan lebih berpengalaman”
Tambah Adira dia sememangnya telah lama menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri namun baru sekarang mendapat peluang tersebut.
Ditanya dari mana timbul idea untuk menghasilkan Whitening Facial & Body Soap, jelas Adira dia sedar bertebaran gambarnya dijadikan wajah rasmi sesetengah produk. Dia sedih dan terkilan kerana ada yang tertipu sedangkan dia sebetulnya tidak menggunakan produk berkenaan. Maka dari situ datang idea untuk menghasilkan produk dengan jenamanya sendiri.
Maka sekarang sudah terjawab segala spekulasi tentang perubahan kulit Adira yang dilihat jauh berbeza berbanding di awal kemunculannya dahulu.sumber


4 ulasan

Snow white malaysia..
Mmg comey awek rambut cmtu.
My taste.
Hehe

Reply

langkah yg bijak.. menceburkan diri dalam perniagaan.. ejulz pun kalau ada peluang nak cuba gak.. :)

Reply