[ Gossip ] Cute nya gambar anak Farid Kamil dan Diana Danielle !


Walaupun sebelum ini pernah mengatakan untuk  mendedahkan nama penuh serta gambar lengkap anaknya kepada sebuah stesen televisyen berbayar.

Namun sehingga ke hari ini perkara itu masih belum dilakukan oleh pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle, mungkin pasangan tersebut ada sebab tertentu tentang perkara tersebut.

Namun, pada Sabtu lepas, aktor itu telah memuat naik gambar terbaru mereka sekeluarga yang turut disertai si comel Muhammad di akaun Instagramnya, sangat comel anak pasangan tersebut.

Kebanyakan peminat bersependapat mengatakan bayi yang dilahirkan pada 2 Julai lalu itu lebih mirip kepada ayahnya,lebih-lebih lagi pada matanya itu.

Diharapkan selepas ini Farid dan Diana lebih banyak berkongsi gambar terbaru Muhammad khas untuk peminat-peminat setia mereka yang selama ini tidak berhenti menyokong karier kedua-dua anak seni ini.

Buat Muhammad, semoga membesar dengan sihat dan bijak ya!