[ Gossip ] Aidil dakwa tuntutan Rita RM5,392 sebulan melampau !

PETALING JAYA - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini yang pendapatannya RM10,000 sebulan dan tuntutan nafkah anak RM5,392 oleh pelakon Rita Rudaini terhadapnya adalah melampau.

Mohamad Aidil, 26, berkata, dia tidak bersetuju dengan jumlah yang diminta oleh bekas isterinya itu kerana melampaui keperluan sebenar dua anaknya dan dia telah menyediakan nafkah mengikut keperluan mereka dan kemampuannya.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 37, selaku pihak plaintif menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Mohamad Aidil yang juga pemain pasukan Johor Darul Takzim mendakwa, dia telah memperuntukkan antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan untuk plaintif dan anak-anak serta RM4,000 setiap kali musim perayaan.
"Saya tidak menentukan jumlah nafkah untuk mereka, jika ada lebih saya akan bagi lebih," katanya.

Menurut beliau, selain nafkah anak-anak, dia juga perlu menanggung ibu bapa serta hutang peribadi seperti kereta dan motosikal yang digunakan untuk pergi bekerja.sumber


1 ulasan:

Lain org lain value nya kot....

Reply