[ Dunia ] Monyet sertai roket Iran ke angkasa selamat mendarat di bumi !

TEHERAN 15 Dis. - Seekor monyet yang diberi nama Fargam selamat mendarat di bumi hari ini, selepas dihantar ke angkasa dalam pelancaran roket kedua tahun ini untuk program balistik kontroversi oleh kerajaan Iran.


Presiden Iran, Hassan Rohani mengucapkan tahniah kepada para saintis menerusi mesej daripada agensi berita rasmi IRNA.


Program angkasa Iran mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara Barat kerana ditakuti Teheran cuba menguasai teknologi yang diperlukan untuk melancarkan senjata nuklear. - AFP