[ Dunia ] Michael Schumacher bertarung maut, kemalangan ski !

LAGENDA Formula 1, Michael Schumacher berjuang untuk hidup selepas mengalami pendarahan otak dalam kemalangan ski di Perancis.

Michael Schumacher yang kini berusia 44 tahun koma dan berada dalam rawatan di Hospital Mountain Gendarmerie, di negara itu.



Schumacher memakai topi keselamatan ketika kemalangan tersebut dan dia tidak berseorangan seperti yang diulas manager beliau, Sabine Kehm.

Apapun pihaknya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang keadaan Schumacher ketika ini dan berharapkan orang ramai mendoakan keselamatan jaguh Formula 1 itu.

Schumacher bersara dari dunia Formula 1 pada tahun 2006 selepas menjuarai 5 kejuaraan dunia berturut-turut bersama Ferrari dan dua kejuaraan dunia sebelumnya bersama Benetton.

Selepas berehat selama empat tahun, Schumacher kembali beraksi dalam sukan kegemarannya itu pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes namun kembali bersara semula tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya itu.


2 ulasan

malang tidak berbau..
F1 yang merbahaya dia boleh selamat..
siapa sangka dia dia boleh eksiden kt cni pulak.

Reply

duit yg byk x dpt ubat sakit ...

Reply