[ Dunia ] 4 Gambar kemalangan keretapi di New York , 4 dipercayai terbunuh !

NEW YORK: Sekurang-kurangnya empat maut manakala 67 yang lain cedera apabila sebuah keretapi tergelincir dari landasannya dan menjunam ke dalam sungai di New York, Amerika Syarikat.
Operasi menyelamat digerakkan serta merta dengan lebih 130 ahli bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Para penyelam pula dikerahkan untuk menjalankan operasi mencari di dalam sungai bagi menyelamatkan mereka yang bermungkinan tercampak ke dalamnya.
Punca kemalangan itu masih disiasat.

Namun demikian, salah seorang penumpang yang terselamat memberitahu sebelum kemalangan keretapi itu bergerak lebih laju dari biasa.
Pemandu keretapi itu yang terselamat kini sedang dirawat di hospital. Dia dijangka akan turut disiasat oleh pasukan penyiasat.

Ekoran kemalangan, perkhidmatan keretapi ditangguhkan buat seketika.sumber