[ Terkini ] Zee Aida penyebar fitnah mengenai Restoran Nasi Vanggey pohom maaf !

Wanita yang mengeluarkan status fitnah terhadap Restoren Nasi Vanggey tampil memohom maaf secara terbuka kepada Restoran tersebut , atas kesalahan menyebar Fitnah di laman facebook nya sehingga menjejaskan reputasi restoren tersebut.

Restoren Nasi Vanggey telah di tutup baru-baru ini akibat tidak menepati tahap kebersihan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia , namun sehari selepas itu keluar status di facebook yang mengatakan Restoran tersebut di tutup kerana terdapat Najis manusia di dalam peti ais restoran tersebut , status itu menjadi bualan hangat pelayar-pelayar internet.

Pihak Restoran tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan sebaran maklumat tersebut , pihak nya mengatakan itu semua fitnah yang sengaja di reka untuk memburukan reputasi restoran tersebut , dan akan mengambil tindakan kepada penyebar maklumat tersebut.

Kini pemilik akaun facebook yang di kenali sebagai Zee Aida tampil memohom maaf atas sebaran maklumat tersebut dia mengatakan dia hanya menyalin status tersebut melaluai rakan -rakan yang lain.

Dengan permohoman maaf ini di harap dapat mengembalikan reputasi Restoren tersebut yang kini di tutup untuk melakukan kerja-kerja pembersihan permis tersebut.


1 ulasan:

Uishh. Salin pun agak2 la kan. Kan dah kena. Lgpun, common sense la; nak tarik pelanggan apa pulak guna najis manusia. Deiii..

Reply