[ Terkini ] Tahniah Yb Khairy menang anugerah Shout! Awards tewaskan Aaron Aziz !

Menteri Belia dan Sukan, Yb Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencuri tumpuan apabila buat pertama kalinya berjaya memenangi anugerah pada majlis Shourt Awards 2013  bagi kategori Wired Celebrity yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam tadi.

Kategori Wired Celebrity diberikan kepada pesonaliti yang aktif dan mampu memberi pengaruh kepada pengikutnya melalui pelbagai media sosial seperti Facebook dan Twitter, Yb Khairi berjaya menewaskan Aaron Aziz dan 4 calon lain antara nya Adibah Noor , Yuna , Sofea Jean dan Fatimah Abu Bakar.
Yb Khairy yang tidak menyangka kemenangan itu meluahkan rasa syukur buat peminat yang mengundinya menerusi laman rasmi Shout! Awards tahun ini.
“Sejujurnya saya tidak menyangka memenangi kategori ini memandangkan ini merupakan pencalonan pertama saya. Terima kasih atas sokongan dan undian penyokong,” ujarnya yang ditemui di belakang pentas Shout! Awards.