[ Terkini ] Suspek kes rompak dan tembak mati pegawai bank AmBank diberkas di Johor Bharu !



Suspek yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, berjaya diberkas di Johor Bharu, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter Rasmi beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.