[ Terkini ] Skuad Harimau Malaya berlepas ke Kuwait untuk Friendly Games !

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Kuwait pagi tadi untuk ada kan perlawanan persahabatan bersama Kuwait disana.

Skuad yang terdiri dari pemain-pemain Harimau Malaya yang sedia ada , walaupun ada antaranya masih kepenatan akibat dari Final Piala Malaysia Ahad lalu.

Ketiadaan bek kiri Asraruddin Putra Omar tidak begitu merisaukan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang merasakan anak buahnya mampu mengekalkan momentum selepas seri 1-1 menentang Bahrain di Shah Alam bulan lalu. “Saya nak lihat momentum pemain selepas perlawanan dengan Bahrain dan kemungkinan kita akan tukar strategi untuk perlawanan timbal balik nanti berdasarkan prestasi ketika bertemu Kuwait,” kata Rajagobal yang berdepan misi penting di Manama, Bahrain 15 November ini. 
Skuad negara tiba di Kuwait semalam untuk perlawanan persahabatan menentang skuad negara itu Jumaat ini sebagai persediaan menghadapi Bahrain bagi perlawanan timbal balik Kelayakan Piala Asia 2015. Mat Yo penyelamat Perlawanan keempat dalam Kumpulan D itu bakal menentukan sama ada Malaysia terus berpeluang melayakkan diri ke Piala Asia atau terpaksa mengharapkan tuah pada baki dua perlawanan seterusnya.

Malaysia kini di tangga ketiga kumpulan selepas mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan dan ketika ini masih berada di kedudukan terbaik melayakkan diri sebagai pasukan di tangga ketiga terbaik. Berdasarkan prestasi Bahrain di Shah Alam bulan lalu, Malaysia berpeluang mengutip tiga mata jika corak permainan negara pada babak kedua ditampilkan sepanjang perlawanan itu nanti.

Selain Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan, kemuncak prestasi Azamuddin Akil yang dinobatkan pemain terbaik final Piala Malaysia selepas membantu Pahang muncul juara Ahad lalu, turut menjadi sandaran negara mengutip tiga mata di Manama.


1 ulasan:

Untung sungguh..Selamat berjaya.

Reply