[ Terkini ] Sepucuk pistol ditemui ketika Final Piala Malaysia berlangsung semalam !

SHAH ALAM - Polis menemui sepucuk pistol bersama tujuh butir peluru hidup dalam sebuah tandas di Stadium Shah Alam malam semalam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Kelantan dan Pahang sedang berlangsung.
Difahamkan pistol itu diletakkan di bahagian dinding dekat atas bekas tisu yang terdapat dalam tandas itu dan ditemui oleh anggota polis yang kebetulan masuk ke tandas tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superitenden Ruslan Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat pemilik pistol berkenaan dan motif senjata itu dibawa ke stadium tersebut.
"Buat masa ini kita tidak boleh memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.
"Namun apa yang saya boleh katakan, perlawanan yang berlangsung malam tadi (kelmarin) berjalan dengan lancar tanpa kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika di hubungi hari ini.