[ Terkini ] Sekeluarga parah, kereta dilarikan penjenayah berusia 17 tahun kemalangan !


KUALA TERENGGANU : Sepasang suami isteri bersama anak lelaki berusia sembilan bulan dilarikan penjenayah ketika berhenti rehat di kawasan rehat dan rawat AJil ,Hulu Terengganu.

Kemalangan mengakibatkan bayi berkenaan tercampak keluar dari kenderaan berkenaan,mereka dilaporkan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Sumber
Susulan itu bayi pasangan berkenaan yang terhumban dari kenderaan tersebut kini berada di dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa yang menziarahi bayi berkenaan di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah berkata pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut keadaan bayi malang itu.

Sementara itu bapa bayi malang berkenaan, Pirhat Karim berkata beliau cuba memujuk penjenayah terbabit  sehingga berlaku pergelutan mengakibatkan kemalangan berhampiran Ladang Gajah Mati.

Beliau menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang mencemaskan dan berdoa agar anaknya segera pulih, Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin, penjenayah berusia 17 tahun melarikan kenderaan bersama mangsa ke arah Kuantan, sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dan kereta.

Penjenayah kemudian melarikan  sebuah Perodua MyVi yang ingin membantu serta melarikan tiga penumpang dalam kenderaan terbabit.

Kereta peronda polis dari Balai Polis Kuala Terengganu dan Batu Rakit kemudian berjaya menahan suspek di hadapan Masjid Al-Salam, Batu Rakit, Kuala Terengganu kira-kira jam 6.45 petang.

Suspek kini ditahan di ibu pejabat polis daerah Dungun untuk siasatan lanjut.Sumber




3 ulasan

Moga Allah selamatkan mereka.

Reply

Apa macam ini.. Esok mau SPM, dia duduk dlm lokap. Aduyai.. Kesian baby tu. Smoga cepat sembuh. Huhuhu..

Reply

Selalunya terjadi mcm ni semua kes mental

Reply