[ Terkini ] 'Pump Gun' Bunuh Norazita ditemui dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2 !


Polis pada Isnin menemui senjata api yang dipercayai diguna dalam pembunuhan pegawai Ambank ketika rompakan di bank itu bulan lepas.
Menurut sumber polis senjata api jenis 'pump gun' itu ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.
Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru, katanya 
Suspek di tangkap 

Katanya penemuan senjata api itu hasil soal siasat ke atas suspek utama yang diberkas oleh polis semalam.
Dalam kejadian 23 Oktober lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut selepas ditembak di bahagian muka oleh suspek yang juga pengawal keselamatan bank itu ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bank berkenaan.
Suspek kemudian melarikan diri bersama-sama wang rompakan berjumlah RM450,000.Lelaki itu diberkas oleh polis pagi semalam di Kota Tinggi, Johor.
Joemar - Diburu 

Seorang lagi suspek utama di kenali dengan nama Joemar atau nama ic palsu adalah Osman bin Salleh dan juga rakan mangsa bebas berkeliaran dengan wang rompakan tersebut , kini polis giat mengesan suspek dan baki wang rompakan tersebut. 


2 ulasan

kat mana la seorg lagi ni pi sembunyi ... hope x ganggu penduduk tempatan lah

Reply

Semoga mendapat ganjaran yang sewajarnya.

Reply