[ Terkini ] Polis masih giat kesan pemilik pistol di tandas stadium !

Apalah motif sebenar pistol di tinggal kan di dalam tandas di Stadium Shah Alam pada Final Piala Malaysia Ahad lalu , dan kenapa pula dibahagian penyokong Kelantan , itu lah yang menjadi persoalan , namun apa-apa pun kita serah sahaja pada pihak berkuasa untuk siasat kes tersebut.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes penemuan sepucuk pistol jenis Browning automatik dalam tandas Stadium Shah Alam di sini ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihaknya menyiasat daripada pelbagai sudut termasuk motif senjata tersebut dibawa ke kawasan stadium.

"Kita masih menyiasat kes penemuan pistol dalam tandas stadium dan seperti dinyatakan semalam, polis tidak menerima apa-apa laporan berhubung kehilangan senjata api daripada mana-mana anggota pasukan keselamatan sehingga kini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pistol bersama tujuh butir peluru hidup itu ditemukan seorang anggota polis pada dinding di atas bekas tisu dalam tandas berkenaan di kawasan stadium yang menempatkan penyokong Kelantan .

Senjata api yang biasanya digunakan pasukan tentera itu dijumpai pukul 9.30 malam oleh anggota polis tersebut yang mahu menggunakan tandas semasa perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung.Sumber





1 ulasan:

sekarang banyak sangat jenayah yang berlaku.

Reply