[ Terkini ] Penukaran cuti mingguan kepada Jumaat tertakluk pada Sultan - MB Johor !

Johor Bahru: “Walau apapun, ia tertakluk kepada Tuanku (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar). Saya tidak mahu komen dan lebih baik jangan cakap apa-apa lagi,” kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semalam.
Beliau mengulas berkaitan penukaran hari cuti mingguan daripada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu bagi Johor bermula tahun depan. 
Perkara itu heboh diperkatakan dalam laman sosial Facebook (FB), baru-baru ini yang mendakwa ada pihak mengkaji penukaran hari cuti mingguan berkenaan. 

“Dari segi kerajaan negeri setakat ini kami tidak ada apa-apa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penulis Johor (PPJ) kali ke-36 di Hotel Tropikal Inn, di sini, semalam.


1 ulasan:

Jalan-jalan sambil klik tabung.

Reply