[ Terkini ] Kereta dan pemuda sedang tidur didalam di larikan penjenayah !

Kereta Subaru XV yang dilarikan di stesen minyak. Gambar kecil, anak mangsa, Iskandar Zulkarnain Borhan yang tertidur di dalam kereta.
Apabila menyedari kereta hilang, saya cuba hubungi nombor telefon saya yang tertinggal dalam kereta kerana telefon Iskandar rosak. Beberapa kali panggilan saya tidak berjawab. Tidak lama selepas itu, saya tidak dapat menghubungi nombor berkenaan. Mungkin talian telah dimatikan, katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam semalam, Roswati, 55, memberhentikan kereta di laluan luar stesen minyak Petronas selepas plaza tol Bukit Jelutong, Shah Alam dan keluar untuk ke tandas, manakala suami Abul Malik Abdul Latif ke kedai serbaneka stesen minyak itu.
Menurutnya, ketika itu enjin kereta Subaru XV berwarna putih dengan nombor pendaftaran WXQ 191 itu tidak dimatikan manakala anak mereka Iskandar sedang tidur kerana kepenatan.

“Kami dalam perjalanan pulang dari kampung di Melaka ke rumah di Sungai Buloh. Iskandar ketika itu berada dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang sedang tidur.

“Apabila menyedari kereta hilang, saya cuba hubungi nombor telefon saya yang tertinggal dalam kereta kerana telefon Iskandar rosak. Beberapa kali panggilan saya tidak berjawab. Tidak lama selepas itu, saya tidak dapat menghubungi nombor berkenaan. Mungkin talian telah dimatikan,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, abang mangsa, Fairuz ketika dihubungi berkata, dia bergegas ke stesen minyak berkenaan selepas mengetahui kejadian itu dan terus mengambil ibu bapanya membuat laporan polis, 

Laporan polis juga sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 8 malam dan bilik gerakan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.Sumber


1 ulasan:

bahaya betul kalau tidur dalam kereta...

Reply