[ Terkini ] Peminat "Tok Gajah " tunai nazar berjalan dari Kuantan ke Shah Alam !


Pakcik Majid memulakan perjalanannya
Seorang Peminat setia Bolasepak Pahang berusia 57 tahun mula menunaikan nazar berjalan ke Shah Alam dari Kuantan sempena Pahang Juara Piala Malaysia 2013.
Berbekal wang tunai RM60, sehelai kain pelikat, dua jersi Pahang dan dua seluar sukan, seorang pengawal keselamatan berjalan dari Masjid Negeri ke Stadium Shah Alam bagi membayar nazar selepas Pahang menjuarai Piala Malaysia, Ahad lalu.
Abdul Majid Abdul Hamid, 57, yang diiringi rakannya, Abdullah Othman, 51, memulakan perjalanan jam 6.45 pagi tadi , perjalanan ke sana di jangka mengambil masa 6 hari dengan jarak 280km .
Dia menjangkakan sampai ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini , semoga Pakcik Majid selamat sampai di Shah Alam dan berjaya mencapai impian nya .