[ Terkini ] Lelaki parah ditikam sepupu 7 kali !

Akibat perselisihan faham membabitkan hal keluarga, seorang lelaki menikam sepupu dipercayai menggunakan pisau sehingga menyebabkan lelaki itu cedera parah di Pangkalan Haram Lubok, Rantau Panjang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa, Mohd Nafiza Mohd Zain, 34, terkena tujuh tikaman di badan dan kaki selepas diserang lelaki yang berusia 26 tahun itu. Difahamkan, mangsa berselisih faham dengan ibu lelaki itu kelmarin sebelum diserang dan ditikam.
Mohd Nafiza dihantar ke Hospital Pasir Mas menggunakan ambulans sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),Kota Bharu dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sedang diburu bagi membantu siasatan.
Mangsa terkena tujuh tikaman dipercayai menggunakan pisau di badan dan badan tanpa mengenai organ dalaman.
Siasatan masih dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata dengan sengaja,katanya.sumber 


1 ulasan:

org zmn sekrg ikut hati . tu yg hilang pertimbangan .

Reply