[ Terkini ] Lelaki amuk di stesen LRT didakwa !

Seorang pemandu van dihadapkan di Mahkamah Majistret atas dakwaan membunuh penjual alat tulis dan pelajar kolej bulan lalu .
Tertuduh, Muhammad Zamri Yusof, 26, didakwa membunuh kedua-dua mangsa di Stesen LRT Taman Melati dan di tiang LRT pada 24 Oktober lalu.
Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa membunuh Lee Kah Ghee, 48, di hadapan Stesen LRT Taman Melati, Persiaran Pertahanan, Wangsa Maju di sini.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Muhammad Zamri didakwa membunuh Kwan Chun Thai, 25, di tepi tiang LRT bernombor P24/55, Kampung Wira Jaya Luar.

Dia didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu pada jam lebih kurang 11 pagi sehingga jam 12 tengah hari, 24 Oktober lalu.

Bagi kedua-dua perbuatan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tertuduh faham dengan pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin bagaimanapun tiada pengakuan diambil.


1 ulasan:

Semoga Allah mengampuni dosa mereka.

Reply