[ Terkini ] Lagi kes orang hilang selepas kes Villa Nabila .. tapi mereka sebenar nya tidak hilang ?


Jika sebelum ini kecoh tentang kehilangan seorang remaja 16 tahun kononnya hilang di sebuah Villa Usang di Johor Bharu , keluarga nya telah membuat laporan polis gerakan mencari dimulakan di kawasan Villa terbabit namun gagal.

Akhirnya remaja tersebut di jumpai tetapi bukan di Villa terbabit sebaliknya di rumah kawannya,kisah ini mengemparkan rakyat Malaysia namun itu lah kesudahannya.

Hari ini satu kes lagi muncul kisah seorang lelaki didapati hilang  dikhabarkan dia di larikan penjenayah dengan kereta milik keluarga nya ketika kelurganya singgah di stesen minyak petronas selepas plaza tol Bukit Jelutong Shah Alam .

Keluarga pemuda terbabit juga telah melaporkan perkara tersebut kepada polis , gerakan mengesan pemuda itu dimulakan , pemuda tersebut di jumpai oleh ahli keluarganya di rumah neneknya di Subang Jaya pagi tadi tanpa sebarang kecederaan , hasil siasatan tiada apa barang-barang berharga yang hilang didalam kenderaan terbabit.

Setelah di siasat rupanya pemuda terbabit mempunyai sedikit salah faham dengan keluarganya sehinggakan dia sanggup membuat tindakan sedemikian , kes ini di anggap selesai.



1 ulasan:

Mudah sangat buat publisiti murah. Mujur selipar saya hilang lepas solat Jumaat petang tadi tak dilaporkan kepada polis, jika tidak dapat masuk paper, huhuhu.....

Reply