[ Terkini ] Lagi kes Mykad Palsu , warga Indonesia dan Pakistan guna Mykad palsu beralamat di Sabah!

Mudah nya warga asing dapat Mykad , jika di lihat sama seperti Mykad yang asli , ini kes yang terbaru melibatkan warga Indonesia yang di tahan kerana memiliki My Kad Palsu , jika di ikut alamat Mykad tersebut mereka juga menggunakan alamat dari Sabah seperti mana kes Pengawal Keselamatan yang menjadi  pembunuhan pegawai Ambank bulan lalu.

Pihak SSKM Administrative telah menerima laporan ringkas mengenai penahanan seorang warga Indonesia di salah sebuah pintu masuk Negara Sarawak. 

Penahanan ini melibatkan pemilikan MyKad yang mencurigakan dengan maklumat di MyKad menyatakan bahawa "pemiliknya" adalah warga Negara Sabah tetapi apabila disiasat, "pemilik" MyKad tersebut memiliki Passport Indonesia dengan gambar yang serupa pada MyKad.

Untuk pengetahuan pembaca dan rakyat Sarawak serta Sabah secara keseluruhan, ini adalah INSIDEN KEDUA di pintu masuk negara Sarawak yang sama dan sebelum ini pihak admin menerima laporan secara VERBAL daripada seorang petugas di Pintu Masuk tersebut. 

Ia melibatkan seorang warga PAKISTAN yang menggunakan IC Sabah dan menyatakan bahawa dia berasal daripada Sabah namun apabila disuruh menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Kebangsaan Sabah, warga pakistan tersebut tidak mampu melakukannya.

Antara maklumat yang diperolehi oleh pihak SSKM adalah segala dokumen yang dibawa oleh warga Pakistan tersebut adalah SAH dan penahanan tidak dapat dilakukan.Maka, untuk tindakan Warganegara Sabah dan Warganegara Sarawak sekalian, perkara seperti Projek IC serta pemalsuan IC dan MyKAd adalah suatu yang sangat merosakkan kedaulatan negara-negara kita.

Semoga lebih ramai yang akan melaporkan kepada pihak SSKM berkenaan perkara ini secara TERUS agar dapat didedahkan di SSKM .



2 ulasan

ni kena buat pantauan dan semakan besar2an ni... dan kena banteras cepat ni...

Reply

mrk ni lah yg memenuhkan m'sia hinggakan rakyat tptn susah nak dpt keje sbb mrk sanggup dibyr gaji murah ... hope gomen dpt wat operasi tangkap n hantar pulang secara besar2n

Reply