[ Terkini ] Ketua "Tuhan Harun " kena serangan Strok !

Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Norhizan Ismail hari ini mengesahkan ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saad, 47, sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). 

Harun dilapor dimasukkan ke HTAA pada 2.30 petang semalam selepas mengadu sakit dan menunjukkan tanda serangan angin ahmar.

Tahanan yang berkongsi lokap dengan Harun memanggil polis selepas lelaki itu mengadu sakit dan mulutnya berbuih sebelum dia dibawa ke HTAA.

Ini mengakibatkan Harun tidak boleh bercakap sehingga membuatkan urusan merekod keterangannya menghadapi sedikit kesulitan.