[ Terkini ] Kanak-kanak diculik dijumpai di Taman Tasik Titiwangsa !


Adik Freddie Joseph, kanak-kanak 20 bulan yang diculik dari Bangsar semalam, telah ditemui di Taman Tasik Titiwangsa, 12.20 tengah hari ini.

Ia disahkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa.

Kanak-kanak itu dijumpai orang ramai dalam keadaan tidak bermaya oleh orang ramai sebelum dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk ditemukan dengan ibunnya, Sarah Joseph, 39.

Khairi berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui seorang lalaki yang kebetulan berada di taman tasik berkenaan dalam keadaan keletihan dan kelaparan.

Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih telah diselamatkan oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa.

Pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata beliau melihat kanak-kanak itu berjalan berseorangan dan kelihatan keletihan.

Beliau kemudian segera mendapatkan kanak-kanak itu dan memimpinnya ke tepi padang untuk berehat.

Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk kanak-kanak itu apabila melihatnya keletihan.

Polis yang tiba di Taman Tasik Titiwangsa kemudian membawa Freddie ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini. 

Dalam kejadian 6.10 petang semalam, kanak-kanak itu dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing menggunakan kereta Toyota Camry berwarna putih.

Pada masa kejadian, Sarah, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Ketika itu, beliau nampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan ,akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya.Sumber


1 ulasan:

Syukurlah dia ditemui semula. Banyak kes anak hilang masih belum ditemui hingga kini...

Reply