[ Terkini ] Janda, tiga rakan main judi didenda RM500 !

Empat sekawan termasuk seorang warga emas janda berusia 62 tahun didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam kerana berjudi di kaki lima sebuah bangunan di Jalan Doktor dekat sini pada Jumaat lalu.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Rahimah Md. Riffin bersama tiga yang lain, Hazlan Ibrahim, 52; Yussaimi Yusoff, 47, dan Ibrahim Abdullah, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Keempat-empat tertuduh didakwa bermain judi tintong syiling iaitu membaling wang syiling dan menekup dengan menggunakan wang sebagai pertaruhan pada pukul 10.20 malam, Jumaat lalu.
Semoga menjadi pengajaran untuk mangsa supaya tidak mengulangai kesilapan yang dilakukan , dan menjadi teladan untuk orang ramai .sumber


1 ulasan:

alamak....kakak2...judi lak dah...

Reply