[ Terkini ] Isteri di penjara 6 bulan , suami di dakwa hari ini !

PETALING JAYA: Bekas pengawal keselamatan, Laode Ardina Laude Rasila, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib, di Subang Jaya, 23 Oktober lalu .

Manakala isteri suspek Helpia, 35, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh. 
Laode Ardina Laude Rasila yang berasal dari Sulawesi didakwa membunuh mangsa di dalam bangunan AmBank cawangan USJ Subang Jaya di antara jam 6 dan 6.30 petang. 

Laode Ardina didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

Tertuduh juga menghadapi tuduhan kedua iaitu melepaskan tembakan menggunakan senjata 'pump gun' dengan niat menyebabkan kematian mangsa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret KB Elena Hong Tze Lan dalam prosiding sebentar tadi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun dan Muhamad Asyraf Md Kamal manakala tertuduh yang memakai t-shirt hitam, tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta.Sumber



2 ulasan

mati mandatori ler gamaknya ...

Reply

siannya kat anak isteri dia..hurmm....

Reply