[ Terkini ] Gambar remaja 17 tahun yang larikan kereta di sah kan alami masalah Mental !

DUNGUN 5 Nov. - Seorang remaja 17 tahun dipercayai kurang stabil mental melarikan dua kenderaan dalam kejadian berasingan yang mana salah satu daripadanya terlibat kemalangan, menyebabkan seorang bayi berusia tujuh bulan cedera dan disahkan koma sehingga kini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang semalam itu, suspek berasal dari Kelantan melarikan kereta Nissan Grand Livina tersebut di Hentian Rehat dan Rawat Ajil, Hulu Terengganu.
Ketika kejadian, pemandu kenderaan itu dan isterinya yang merupakan anggota polis, meninggalkannya tanpa berkunci untuk ke tandas, dengan tiga ahli keluarga lain berada di dalamnya, termasuk bayi tersebut sedang tidur di tempat duduk belakang.

Remaja itu memandu kenderaan tersebut hampir 30 kilometer dari Dungun menghala ke Kuantan. Ia kemudian merempuh Proton Waja sebelum melanggar lori muatan tanah dari arah sama di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabur dekat Ladang Gajah Mati menyebabkan bayi itu tercampak,bayi tersebut dikenali sebagai, Muhammad Asyraf Ikhwan Pirhat.
Suspek yang tidak mengalami kecederaan, keluar dari kereta itu dan kemudian menahan pula Perodua Myvi dari arah bertentangan yang dinaiki enam sekeluarga.

Remaja itu berpura-pura meminta bantuan menyelamatkan bayi itu yang kononnya anaknya. Namun apabila pemandu Perodua Myvi dan bapanya keluar untuk memberi bantuan, suspek melarikan kereta itu, membawa bersama empat penumpang di dalamnya termasuk dua kanak-kanak.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa yang mengesahkan kejadian itu berkata, akibat kemalangan tersebut bayi itu tercampak dan terjatuh di atas jalan manakala bapanya cedera serta retak di bahagian bahu manakala ibunya cedera di muka dan retak tulang rusuk.

Remaja itu berjaya diberkas oleh polis di Bukit Rakit, Kuala Terengganu, ketika dia memandu Perodua Myvi dengan keempat-empat penumpang masih di dalamnya, kira-kira 120 kilometer dari lokasi kemangan, pukul 7.30 malam tadi.Sumber