[ Terkini ] Gambar Mayat Tidak Reput - pemindahan kubur Projek Ekspresway Segamat Tangkak !

SEGAMAT: Sebanyak 16 mayat membabitkan dua janin dan 14 dewasa ditemui dalam keadaan sempurna ketika dipindahkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, sejak penggalian dimulakan 6 November lalu.
Mayat dewasa itu ditanam antara lapan hingga belasan tahun lalu dan akan dipindahkan ke lokasi lain bagi memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang. 
Kesemua mayat berkenaan termasuk kain kafannya ditemui dalam keadaan baik serta bersih.
Sumber whatsapp
Dari en jalaluddin - JKR

Katanya salah satu jenazah yg berusia 11 tahun tu seorang lelaki bekas guru mengaji AlQuran.

Subhanallah.

Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dlm keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak.

Keadaan jenazah masih elok seolah2 baru dikapan dan dikebumikan.
Untuk makluman kawan2 perkuburan ini terlibat dgn projek expressway jalan segamat tangkak.

Ini adalah kerja2 mengalihkan kubur di kg batu badak, gemereh segamat
Panglima : tidak pelik mayat orang hafaz al quran dan kuat ibadat dipelihara Allah dari dimakan tanah dan ulat.

Di Mesir juga peristiwa seperti ini pernah berlaku.

Semoga peristiwa ini menguatkan semangat kita untuk tambah ilmu iman dan amal agar dapat jejak tangga Iman dan Ihsan selepas Islam.

Kebetulan semalam juga panglima melalui kawasan tersebut kerana ada urusan di Segamat.

Mari doakan kita mati dengan husnul khatimah , Al-fatihah (Sumber )



6 ulasan

Subhanallah! apa agaknya kelebihan yang dua orang lagi tu. Yang seorang tu guru mengaji, memang banyak lebihan mengaji Al-Quran. TK share

Reply

Subhanallah, maha suci Allah yg mengetahui dan menghisab segala amalan hambaNya.

Bila membaca artikel2 sebegini rasa diri sangat kerdil. Usia bukan muda lagi, tapi amalan masih rasa seperti cuma sejengkal....

Reply

subhanallah..besarnya mukjizat Allah

Reply

Seluas-luas bumi Allah, mengapa kubur yg dipilih untuk membuat jalan...

Reply