[ Terkini ] Gambar foto fit suspek culik bayi di Bangsar yang di keluarkan oleh Polis !


Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan foto fit (gambaran) suspek yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak British di Bangsar semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihak polis kini sedang mengesan suspek yang berusia lingkungan 30-an.

"Pihak polis menolak kemungkinan bahawa motif penculikan adalah untuk mendapatkan wang tebusan kerana ianya tidak masuk akal. Tiada siapa ingin menculik kanak-kanak berusia 20 bulan kerana kanak-kanak pada usia ini susah untuk dikawal," kata Ku Chin Wah.

Ketika disoal pemberita adakah bapa kepada kanak-kanak tersebut turut berada di dalam senarai suspek memandangkan bapa kanak-kanak tersebut kurang diberi perhatian, Ku berkata pihak polis tidak melihat keperluan untuk segera menyoalnya.

Freddie Joseph, kanak-kanak yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar semalam telah ditemuai di Taman Tasik Titiwangsa hari ini oleh seorang pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa.

Semasa kejadian, mangsa dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.Sumber