[ Terkini ] Gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim cedera di hempap besi khemah !


Dalam menyempurnakan misi kemanusiaan anjuran KP1M di Filipina , berbagai dugaan dihadapi oleh petugas-petugas yang menyertai misi tersebut , ini lah yang berlaku kepada Presiden KP1M , Dato Abedul Azeez Abdul Rahim.

Hasrat yang murni untuk membantu Mangsa Haiyan akhirnya ditimpa musibah, Namun ini adalah kemalangan kecil berbanding derita yang ditanggung oleh mangsa Haiyan. Semangat petugas serta Datuk Azeez Rahim sendiri tidak luntur.

Akibat angin kencang, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan Taufan Haiyan di Tacloban, Filipina menerima empat jahitan selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah tumbang dan menghempap kepalanya, kira-kira jam 1.45 petang tadi.

Sebelum kejadian di kawasan operasi sukarelawan berdekatan Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, dekat Taclon itu, Abdul Azeez sedang mengadakan perbincangan bersama dengan anggota sukarelawan lain selepas mengagih-agihkan bantuan di kawasan berdekatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Tacloban sebelum menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil  , semoga Datuk cepat sembuh.