[ Terkini ] Gambar Ahli perniagaan wanita maut akibat ditikam di Seri Manjung !

Gambar Allahyarhamah Nariza Mustapha - Al-fatihah  
SERI MANJUNG :Seorang ahli perniagaan wanita meninggal dunia akibat ditikam di dada menggunakan senjata tajam di Apartment Bukit Permata, Lumut di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba, berkata Nariza Mustapha, 32, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Seri Manjung di sini pada 10.45 pagi. 

"Sebelum itu, ibu kepada dua anak itu ditemui terbaring di dalam bilik tidurnya di apartment itu dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 7.30 pagi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini hari ini. 

Beliau berkata laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut akibat pendarahan yang banyak selepas berlakunya tikaman di bahagian dada.

"Siasatan awal polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk maklumat terperinci," katanya. 

Polis menahan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi membantu siasatan kes kematian seorang ahli perniagaan wanita di kediamannya Apartment Bukit Permata, Lumut, di sini, pagi semalam. 

Lelaki terbabit berusia 27 tahun ditahan semalam dan dipercayai teman lelaki kepada wanita terbabit yang dikenali sebagai Nariza Mustapha, 32.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba, berkata lelaki itu ditahan selepas menghantar mangsa yang cedera di dada akibat tikaman di Hospital Seri Manjung, di sini.

"Lelaki itu direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 7 hingga 10.30 pagi ketika mangsa yang tidur dalam bilik apartment berkenaan ditemui terbaring di atas lantai bilik dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang lelaki dipercayai teman lelakinya yang juga anggota TLDM. 

Jaafar berkata, polis dimaklumkan mengenai kematian Nariza oleh hospital berkenaan pada jam 11.10 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di hospital akibat pendarahan serius.

"Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian turut menemukan kesan darah dipercayai milik mangsa dan pisau dipercayai digunakan dalam kejadaian itu. 

"Senjata berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Kimia kajian lanjut bagi mengenal pasti sama digunakan dalam kejadian itu," katanya. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih menyiasat motif pembunuhan. 

Mangsa tinggal bersama dua lagi anaknya tetapi ketika kejadian kedua-dua mereka tiada di rumah. 

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Hisyam di talian 019-575 3207 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Jenazah Nariza telah dituntut oleh waris dan dibawa pulang ke Rantau Panjang, Kelantan untuk urusan pengebumian, Al-fatihah salam Takziah untuk keluarga mangsa. 


2 ulasan

al fatihah . semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya ... aaamin .

Reply