[ Terkini ] Fizo dan Mawar Selamat Bertunang , Majlis akad nikah esok !

Sama Cantik Sama Padan Fizo dan Mawar , Cerdit image Roti Kaya

Pelakon dan pengacara Wan Hafizol Wan Omar, 28, akhirnya selamat mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, Mawar Abdul Karim, 24, dalam satu majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor pagi tadi.
Majlis sarung cincin , Credit image Roti Kaya

Ibu Fizo dan Mawar , Credit Image Roti Kaya

Fizo yang ditemui semasa siaran langsung rancangan Nasi Lemak Kopi O terbitan TV9 di Studio C, Sri Pentas berkata, dia bersyukur kerana majlis pertunangannya dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda itu berjalan dengan lancar.
"Saya bersyukur kerana kini sudah selamat menjadi tunangan kepada Mawar, namun perasaan berdebar itu masih lagi tetap dirasai menjelang hari pernikahan yang berlangsung esok," ujarnya.
Ayah dan Ibu Mawar , Credit Image Roti Kaya

Sementara itu, Mawar yang ditemu bual secara langsung dari kediamannya di Kajang menyatakan selepas majis pertunangannya, satu acara khatam Al-Quran akan diadakan selepas solat Zuhur dan disusuli dengan majlis berinai pada sebelah malam ini.Sumber