[ Terkini ] Faizul Perserta dari Sabah muncul Juara AF 2013 !

Selepas bersaing sengit selama sembilan minggu, akhirnya Faizul, 28, dari Sabah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2013 pada konsert akhir rancangan realiti televisyen itu di Stadium Negara di sini malam tadi.
Faizul yang mengetepikan cabaran lima lagi peserta membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi.

Tempat kedua pula dimenangi Azhael, 25, yang mendapat hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi manakala ketiga, Amira, 20, membawa pulang RM20,000.

Sementara itu, Indah, 26, menduduki tempat keempat menerima wang tunai RM10,000 dan Nabila, 21, kelima, mendapat wang tunai RM5,000 dan trofi. Seorang lagi peserta, Aishah, 19, sekadar di tempat keenam.