[ Terkini ] Bilal baru lepas ambil rakan balik Haji maut kemalangan !


Seorang bilal terbunuh manakala tiga yang lain cedera parah apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, dekat Kampung Delong,Dungun  hari ini.
Kejadian berlaku apabila mangsa, Abdullah Muhammad, 64, dari Jalan Santong, Paka, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Paka selepas mengambil rakannya Mat Saman Hassan, 74, yang baru tiba dari tanah suci Makkah di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan, Ahmad Zailani Yaacub berkata, ketika kejadian sekumpulan pekerja kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menjalankan kerja pemasangan kabel di kawasan terbabit dan meletakkan sebuah lori tiga tan bertentangan di atas jalan terbabit.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang itu, mangsa meninggal serta merta di tempat kejadian selepas parah di bahagian kepala dan patah kaki kanan.

Mat Saman yang turut bertugas sebagai bilal di Masjid Kampung Tebing Tembah, Paka, patah bahu kanan, manakala isterinya, Halimah Embong, 55, patah tangan kanan, sementara jirannya Senik Hussain, 65, patah kaki kanan.

Semua mereka yang parah dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut. Al-fatihah Salam Takziah untuk keluarga Allahyarham.


1 ulasan:

Hmm. Yang patahnya semua kanan. Pelik tak? Btw, takziah kpd keluarga mangsa. Smoga dorang tabah..

Reply