[ Terkini ] Kanak - kanak 18 bulan mangsa culik di depan ibu nya di Bangsar !

Seorang kanak-kanak lelaki, 18 bulan, diculik ketika sedang makan bersama ibunya di rumah mereka, di Bangsar, di sini, kira-kira 6 petang semalam.
Seorang guru warga British kehilangan anak tunggalnya berusia setahun enam bulan selepas dilarikan dua individu yang menceroboh rumahnya di Jalan Temasek, Bangsar di sini semalam.
Kejadian malang pada pukul 6 petang itu berlaku ketika Sarah Joseph, 38, sedang memberi makan kepada Freddie Joseph (gambar kecil) di halaman rumah teres dua tingkat berkenaan.
Seorang lelaki secara tiba-tiba masuk ke dalam kawasan rumah ibu tunggal itu lalu mengambil bayi berkenaan.
Ketika kejadian, Sarah dikatakan cuba mendapatkan semula bayi lelakinya namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana suspek bersenjata pisau.
Rakan mangsa dikenali sebagai Rob berkata, bayi tersebut kemudian diserahkan kepada seorang lagi individu dipercayai wanita yang menunggu di dalam kereta berhampiran rumah teres tersebut.
"Sarah terjatuh ketika cuba mengejar kereta tersebut. Freddie merupakan anak hasil perkahwinan Sarah dengan seorang lelaki Filipina, namun bekas suaminya tidak menetap di negara ini," katanya di sini.
"Terdapat jiran berlari untuk membantu tetapi suspek mengeluarkan pisau lalu terus masuk ke dalam kereta yang menanti di hadapan rumah sebelum melarikan diri," katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, polis percaya suspek turut dibantu seorang lagi dipercayai wanita.
"Polis percaya perbuatan ini dilakukan orang yang mengenali keluarga mangsa dan menolak kemungkinan ia dilakukan untuk meminta tebusan.

"Pihak kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik yang membawa hukuman gantung sampai mati," katanya.