[ Terkini ] Badhri Radzi sah kekal bersama Kelantan , Indra putra ke Felda United 2014 !

Kapten Marvel, Badhri Radzi mengesahkan untuk kekal bersama Kelantan musim depan biarpun tiga rakannya yang mengemudi jentera tengah pasukan itu 'angkat kaki'.

Pengesahan itu sekali gus melenyapkan spekulasi bahawa Badri yang lebih dikenali dengan Piya akan berhijrah ke pasukan lain pada musim depan.

Beliau bagaimanapun mengakui sebelum ini menerima tujuh tawaran dari pasukan Liga Super.

Difahamkan majlis menandatangani kontrak antara beliau dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)  diadakan hari ini .


Manakala bekas pemain sensasi Kelantan Indra Putra Mahyuddin dikhabar kan telah menandatangani kontrak dengan Felda United untuk musim 2014.