[ Terkini ] Akibat mencederakan bekas kekasih, lelaki dan kakaknya didenda RM1,000 dan RM700 !

Kota Bharu: Akibat mencederakan bekas kekasih yang memutuskan hubungan cinta , seorang lelaki bersama kakaknya masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan RM700 di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhamad Shahriza Anual@Anuar, 20 dan kakaknya, Nurulalwani, 21, mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh yang berasal dari Gunung, Bachok dipenjara sebulan jika gagal menjelaskan denda.
Mengikut pertuduhan kedua-dua mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nursyuhada Azmi, 20, di Kampung Bayam, Jalan Datuk Lundang, di sini, pada jam 11.30 malam, 26 Jun 2013.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh ketika mengemukakan rayuan memohon hukuman ringan kerana insaf dengan kesalahan mereka.sumber