[ Terkini ] Abd Rahman Ibrahim jurulatih baru pasukan Bolasepak Terengganu 2014 !

KUALA TERENGGANU - Jurulatih baharu Terengganu musim 2014, Abdul Rahman Ibrahim akan memulakan tugas melatih pasukan negeri itu bermula Selasa ini.
Pengurus pasukan, Marzuki Sulong berkata, bekas jurulatih pasukan Selangor PKNS berumur 67 tahun itu akan dibantu pembantu jurulatih, Mohd. Nik.
"Kita harap dengan pengalaman luas Abdul Rahman sebagai jurulatih baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, pasukan Terengganu akan mendapat khidmat yang lebih berjaya dalam saingan Liga Malaysia musim depan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Marzuki yang juga naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu,berkata, pemilihan pemain Terengganu untuk musim 2014 hampir 100 peratus selesai, hanya beberapa lagi nama pemain perlu mereka isi termasuk dua pemain import.
Beliau membayangkan pasukan Terengganu musim depan rata-ratanya dibarisi pemain anak Terengganu termasuk pemain yang sebelum ini beraksi dengan negeri lain yang dipanggil balik untuk memperkuatkan pasukan Sang Penyu musim depan.
Marzuki berkata, pemain import Terengganu kelahiran Cameroon, Vincent Bikana masih dikekalkan bersama pasukan itu dan akan mencari dua lagi pemain untuk mengisi slot tiga pemain import musim depan.Sumber