[ Terkini ] 7 Gambar dua lelaki cuba pecah rumah parah dibelasah orang ramai di Machang !



MACHANG - Polis dan orang ramai berjaya menangkap dua pencuri ketika cuba memecah masuk rumah seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan di Kampung Sungai Mas, dekat sini, pagi semalam.

Suspek pertama berjaya ditangkap beberapa minit selepas kejadian, manakala suspek kedua ditemui di kawasan berdekatan kira-kira jam 4 petang, semalam.

Anak mangsa, NurFairuza Syahira Zainuddin, 20, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dia seorang diri di rumah dan menyedari dua lelaki masuk ke kawasan rumah dengan sebuah kenderaan selepas membuka pagar.

Saya intai melalui tingkap namun tidak kenal mereka dan mula rasa curiga. Saya telefon papa dan tanya jika ada sesiapa mahu menghantar barang dan sebagainya namun dia menafikan. Lantas saya minta dia pulang segera.









Pencuri terbabit turut memberi salam namun saya hanya diam. Mereka keliling rumah sambil beri salam dan apabila saya tidak jawab, mereka cuba cungkil pintu depan rumah,”katanya semalam.


NurFairuza Syahira berkata, dia menyorok di dalam bilik selepas menyedari pintu rumah dicungkil dan sekali lagi menelefon bapanya agar segera pulang.

Sementara itu, Prof Madya Dr Zainuddin Awang yang segera pulang ke rumah setelah dimaklumkan anaknya, melihat pencuri sedang mencungkil pintu rumahnya sebaik sahaja dia tiba.


Saya segera bunyikan hon dan mereka cuba melarikan diri dengan kereta namun, tidak dapat keluar apabila saya menunggu di pintu pagar. Mereka langgar kereta saya namun saya bertahan bagi mengelakkan mereka lolos.

Apabila melihat polis, rakan saya dan orang ramai datang, mereka keluar kereta dan lari ke dalam semak di belakang rumah," katanya yang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya menghadapi saat cemas tersebut.


12 ulasan

baik betul orang ramai...anak pun cerdik segera bertindak.

Reply

MACHANG TEMPT KAWE TU.. HMMM

Reply

Yang kena pukul macam muka apek pun ada ..... jangan rasa kasihan kalau tak tak insaf budak2 nie

Reply

Peminat MU... kahkahkah

Reply

hudud sahaja..... bagi semua org tgk....itu sahaja panduan yang Allah bagi untuk kita....

Reply

Gadis itu bertindak bijak dgn menelefon ayahnya. Bayangkan jika gadis itu terus membuka pintu, mungkin bukan saja barang dlm rumah yg lesap tapi 'barang peribadi'nya juga mungkin hilang pada hari itu...

Reply

jersey ada setan boleh mempengaruhi orang buat jahat...elak dari pakai jersey manchester ho hoooo

Reply

keja malas...mencuri je yg mrka tahu..

Reply

Syukur Alhamdulillah selamat semuanya dan penjenayah dapat ditangkap... semangat kejiranan yang perihatin

Reply

Tindakan yg bijak faizura! gawatnya Mesia ku...blh kata aman.lagi ka? gelap peghut gtu tu...

Reply

member sekampung ni..mmg knl sgt mamat ni

Reply

Supi apek jah..kah3

Reply