[ Terkini ] 5 gambar "Joemar " suspek ke 2 perompak Ambank yang suka bergaya , operasi buru sampai lubang cacing !

SHAH ALAM – Rakan subahat seorang pengawal keselamatan yang diberkas bagi membantu siasatan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank disyaki menyimpan baki wang rompakan dan turut menolong lelaki Indonesia itu melarikan diri selepas kejadian.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, pihaknya berusaha keras memburu lelaki yang dikenali sebagai Joemar Omar itu hingga ke lubang cacing kerana berdasarkan risikan, polis percaya dia masih berada di dalam negara ini.


Katanya, berdasarkan maklumat, Joemar dipercayai menetap di Klang sejak setahun lalu dan menggunakan kad pengenalan palsu di atas nama Osman Salleh , 29.
“Joemar mempunyai latar belakang yang sama dengan pengawal keselamatan yang memakai gelaran Ardi Hamza atau nama sebenar Laode Ardina Laude Rasila, 35, iaitu masing-masing berasal dari Sulawesi, Indonesia.

“Lelaki itu merupakan kenalan rapat Ardi dan mempunyai kaitan dengan kejadian itu. Dia dipercayai menunggu di luar bank dan membantu Ardi melarikan diri selepas kejadian pada 23 Oktober lalu itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Pada 24 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan Norazita Abu Talib, 37, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati akibat ditembak dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan bank tersebut di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya pada pukul 6.20 petang.

Suspek kemudian melarikan diri bersama wang RM450,000 sebelum diberkas di kawasan jeti di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas 19 hari diburu polis.
Menurut Mohd. Shukri, Joemar bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Lembah Klang namun tidak melibatkan institusi kewangan atau syarikat keselamatan yang sama dengan Ardi.

Tambahnya, siasatan pihaknya juga yakin Joemar merupakan perancang utama kejadian itu dan menyimpan baki wang yang dilarikan.
“Kes ini telah pun selesai dengan penahanan suspek utama dan penemuan semula selaras pump gun yang dicampak ke dalam longkang di Taman Industri Sungai Penaga, Subang Jaya semalam (kelmarin). Kita percaya pump gun itu memang digunakan dalam kejadian itu berdasarkan pada nombor sirinya,” katanya.

Ujar Mohd. Shukri, setakat ini, pihaknya telah menahan 12 individu termasuk Ardi, ahli keluarga dan rakannya dan menemui sebahagian wang rompakan bernilai RM21,800.
“Sebahagian mereka akan dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat atas pelbagai kesalahan termasuk Akta Imigresen, Seksyen 412 dan 201 Kanun Keseksaan iaitu menyimpan barang curi serta melupuskan keterangan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Joemar diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Kwek Chuwen Hui di talian 012-818 8307 atau polis Subang Jaya 03-78627 222 bagi membantu siasatan.Sumber


1 ulasan:

salam. jahat tul mamat indon ni! dtg ke malaysia jadi penjenayah plak! memang patut ditembak di dataran merdeka nih..

P.S. Jom tukar2 bloglist? link abe dah ada di bloglist sy. Tq.

Reply