[ Terkini ] 4 Gambar Ngeri lelaki jatuh dari tingkat 24 terhempas di atas kereta waja !

GEORGE TOWN - Seorang lelaki pengsan apabila mendapati satu mayat lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di sini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.
Kong Meng berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Kita sedang mengesan ahli keluarga Kam Ming untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya,” jelasnya. - Bernama


1 ulasan:

Kalaulah yg terjatuh itu sengaja mau bunuh diri dan dia seorang Islam, pertama dia berdosa besar kerana mengambil nyawanya sendiri. Kedua dia berdosa kerana telah menyusahkan orang lain, termasuk pemilik kereta itu...

Reply